Monday, February 14, 2011

renungan bersama

perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya, waluapun hatinya..tapi andai aku bergelumang dengan cinta lelaki..di mana Allah untuk menjaga aku? Allah sanggup melepaskan aku kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan aku..tapi jika Allah datangkan kesedaran dalam diri ini supaya meninggalkan cinta lelaki,bermakna Allah mahu aku kembali untuk dijaganya


" dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengan (ajaran dan nasihat) mereke itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai"(Al-A'raf 7:179)

1 comment: