Sunday, October 31, 2010

JaLan-Jalan ke kuala Lumpur hingga ke Putrajaya

hai..
huhu..pada 30 septembr 2010..selepas menjawab paper medical coding..aku terasa seperti ingin menjerit kuat-kuat..sebab aku tk focus 100% on medical coding dari start sem..medical coding is about remembering the term and step yang ada ..so mmg kene start dari awal..sbb semuanya fakta..mmg aku nyesal tk dengar cakap lectrer..sbb sume soalan yang kuar aku pernah baca..tapi tk ingt.huhuhu..of forget about it..aku hope lepas je paper ni..
selepas paper haritu..en.pakwe..datang menjemputku..untuk pergi mengedate..da lame tk dating..so mask kerate aku teros tnye..kite nk g mane hari ni..kita nk g zoo ke (sbb dia ckp nk g zoo) aku ckp..kalu g zoo tk nk ikot..heheh..so dia ckp..ikot je la..so aku pun senyap..da la nk g k.l sesat..hahahah..tu la..nk sgt ikt jalan lain..kan da sesat..(sowie en.pakwe..i love u k)..
so dah msak K.L..teka2 en.pakwe bawak g mane?jeng jeng jeng..pernah tak korang g dating..kat tempat2 cmni..so sila la pg..heheh..dia bwk aku g TUGU NEGARA!!!!!...hahahah..aku yang dah 23 tahun ddk dekat gan K.L ni..tk pernah g TUGU NEGARA..ni la first time aku g..best2..besar gile tugu tu...jakun jap tgk..g jalan2 kat tugu..makan ice cream..heheh...
nampak tugu tu?besar wow..nk tau fasal tugu ni..g tengok buku sejarah..yang aku tau..sbb dibina nak memperingati pejuang2 negara~


ni ada tulis pasal sejarah cikit en.pakwe sila terangkan bla bla bla..hahaha


tempat kedua yang en.pakwe bawak ialah    MENARA KUALA LUMPUR

oh aku mengaku..aku bukan jenis yang kaki merayau kuar umah kalu kuar pun gan parent dan juga kawan2 rapat sahaja dan kami hanya akan pergi membeli belah ataupun pulang ke kampung..da untuk kedua kalinya aku nk g tau..ni lah pertama kali aku ke MENARA KUALA LUMPUR..yeah kawan2 pertama kali..heheh..best..en.pakwe dengan baik hati membeli tiket untuk kami naik ke atas menara...pekak sebentar telinga semasa menaiki lif..biasa la tekanan..hehehh..seronok2..dapt melihat kuala lumpur yang indah..dan membangun..

biasa la..sume benda akan lagi tinggi dari aku..ciet!

ada banyak lagi gambar k.l..tapi mlas nk upload

next destination..

PUTRAJAYA

ok yang ni ...aku mmg selalu pg..sbb belakang umh je putrajaya..tapi tempat ni..kali kedua pergi dan pertama kali melihat orang main kapal layar..dan kapal layar terbalik smbil org2 nya pun terbalik masuk dalam tasik..best ok..tapi aku tengok je mampu..nk main tk mampu la..sebab berenang pun tak expert..dan juga..huhuhuuu..basah nnti...heheheh...


nampak bot @ kapal layar kat belakang tu..sape2 yg minat xtvt air ni.datang la ke putrajaya..heheh

ok..sampai sini je..jumpe lagi..

Monday, October 18, 2010

final semakin hampir

oh..aku tk caye..selalu cmni..da nk final pun dah tk reti2 nk percaya lagi..!!!!waaaaaaaaa...sbnrnye aku cuak ni..final..final..sebut je final..aku jadi cuak...cuak sgt2..huhuhuhkkkk..paper yang paling aku cuak adalah MEDICAL CODING..oh...aku cuak...aku stdy..tdo tk lena..otakku masih terbayang2 ayat2 yang ada dalam buku coding...skrg aku gah stdy billing n insurance...mlm tadi tido tk lene..sbb otak mengingatkan pe yg aku baca..kejap2 sedar..sbb nk ingat..psatu tido..pagi bgn pening pale..duniaku hitam sebentar..wwuuuwaaaa...aku dah tk kisah rsult final aku...asalkan aku lepas sume paper...aku nk grad on time..aku nk keje..pastu kalu ada rezeki..teringin nk smbg master..tapi kalu begini la keadaannye..tkde harapan leh nk smbg master...degree pun nyawa2 ikan...cchooowww..nk smbg stdy ~~

Sunday, October 17, 2010

untuk renungan semua

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain

ingin amalakan selalu

BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafi

hati yang bersih


untuk tatapan semua..aku tgk2 web tadi.terbaca pasal ni..selamat membaca~~
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Saturday, October 9, 2010

ni la skru2 dan besi

nk tgk skru dan besi yang berada di dlm kaki papa selama 10 tahun
hiiiiiiiiieeeeeeeeeee...ini dia..korang ada?papa ckp nk aya..jual la..ni rm15k !!!!!!
(jangan rompak umh aku dah la pasni)
tetapi abg wan ada idea yang lebih bernas..dia nk cairkan dan buat barang untuk moto dia..hahah bole tak?


pastu tadi doktor datang..dia ckp papa dah bole kuar..pasni lutut papa ringan sikit..sebab doktor dah sedut selaput2 yang banyak dalam lutut papa..aku tgk video tadi..doktor ada bgi cd..huuuuuu..menarik2..begitu rupenye rpe selaput yang disedut..snagt byk ok..pasni aku dah tua pun mesti byk gak selaput begitu..huuuuu..pastu abg wan aku tadi ada skali...aku ckp la..pasni kalu ko wat hal gan papa senang ckt papa nk sepak ko..hahahah..kaki dah ringan..dan mama gelak gan gembiranye..bersama awek abg aku..hahah

                           (orang yang sakit tapi tetap tengok tv..sampai aku amik gmbr pun tk pandang)

Friday, October 8, 2010

kaki

hari ni aku g KPJ shah alam
nk tau sbb pe..sbb papa operate kaki
sbb pe operate?..sbb nk kuarkan besi
cmne besi leh ada kat kaki papa? sbb papa cucuk besi kat kaki dia hahahah...ini slah
sebab papa accident time tahun 2001 dulu..papa pemandu berhemah..dia bwk kate sangat la berhati2..time hri dia accdnt dia bwk mto...dia bwk moto pun slow..sbb dia tk reti merempit..merempit is danger..time dia kat simpang..ada kate langgar dia..keeeboooommmm..dia hanya sempat mengelak sedikit shaja..lalu kaki tidak dpat diselmatkna..tulang dikaki pun terpatah dua..dan terjojol keluar (hahah..tk tau nk gne perkataan pe) dari kaki nye..lalu untuk menyambung kan semula..doktor skru kan kaki papa dan meletakkan besi2..makneye kaki papa berlubang2 kene tebuk gan besi..dan sekarang tulang telah bersmabung semula..dan skru pun bole la dikeluarkan...papa tidak akan merasa ngilu lagi selepas ni kerana sudah tidak ada skru di kaki nye...heeeeeeeee..nnti aku amik gmbr skru2..kalu aku jmpe mana mama letak..k..

tak bole tido

nk update blog tpi tk mls..nk tido tk bole..asgment ada tk siap..tapi tk buat
ape maknenye ni............huuuuuuuuuuuu.......terasa nk mkn new york cheese cake la..nyum2..pastu mkn sunday strwbery..sdpnye...